
Berdepan gangguan misteri seperti kehadiran makhlus halus pasti membuatkan bulu roma sesiapa pun meremang. Jika tidak mengalami sendiri, ada yang sukar untuk mempercayainya.
Namun begitu, segalanya adalah tidak mustahil kerana hakikatnya masih ada makhluk lain yang berkongsi dunia dengan kita seperti jin dan sebagainya. Malah, di dalam Al-Quran pun ada menjelaskan kewujudan makhluk-makhluk ini.
Tetapi, Allah telah membataskan penglihatan manusia untuk melihat ‘mereka’. Namun bagaimana pula jika ‘mereka’ muncul di hadapan dalam keadaan gelap dan menyeramkan?
Seperti perkongsian individu di Twitter mengenai satu rakaman video paranormal, yang menunjukkan kehadiran entiti dipercayai pontianak.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 10 saat, seorang pemuda kelihatan berani mengambil sebuah objek keras sebelum memukul kepala makhlus halus berkenaan dengan kuat.
Video tersebut yang menjadi tular di laman Twitter, menarik perhatian warganet yang tampil memberikan pelbagai reaksi. Rata-ratanya dilihat ‘terhibur’ malah bersimpati dengan nasib pontianak tersebut.
Namun, kesahihan video dari negara jiran itu tidak dapat dipastikan sehingga kini.




Sumber : @joxxanna