
Banjir di sebelah Pantai Timur lazimnya akan berlaku pada hujung dan awal tahun akibat daripada dua fenomena iaitu banjir sungai dan banjir kilat.
Namun, setiap kali berlaku banjir besar ia akan meninggalkan kesan negatif kepada kita semua. Bukan sahaja mengalami kerosakan dan kehilangan tempat tinggal malah ada juga yang berdepan dengan kehilangan orang tersayang.
Tetapi pernah tak kita terfikir kenapa kebanyakan tempat yang tak pernah banjir, tetiba banjir teruk? Satu video ini menunjukkan satu teori tentang kenapa berlaku banjir besar.
Hutan dan bukit bakau ditarah maka tiada lagi tempat tadahan hujan. Hujan selama 24 jam saja sudah mencukupi untuk tenggelamkan beberapa kawasan, apa akan jadi jika hujan tanpa henti selama satu minggu ?
Antara punca lain,pembalakan haram ini punca utama dia satu saja.
RASUAH
Belakangan ini baru kita nampak kesan rasuah pada kehidupan harian kita yang tidak bersalah atau ada kena mengena dengan urusan mereka. Musnah harta benda dan kehidupan kerana ada yang tewas digoda wang rasuah.
Hutan kita lebat dan tebal bersebab, hujan turun sepanjang tahun hampir setiap hari. Ada sebab hutan kita namanya Rainforest, ada sebab daun di pokok hutan ini rimbun.
Sumber: Twitter Pelabur Bijak