Sukar untuk dipercayai namun satu eksperimen yang dijalankan di Jepun menyaksikan betapa cepatnya Covid-19 boleh merebak di dalam restoran dan ruang komunal lain. Eksperimen ‘black light’ itu menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan untuk ‘menjangkiti’ pengunjung.
Eksperimen yang dijalankan oleh saluran TV NHK itu menggunakan cat untuk mewakili ‘virus’ bagi memaparkan betapa mudahnya jangkitan boleh merebak melalui kemudahan yang digunakan oleh ramai orang.
Seorang daripada 10 pengunjung dipilih untuk ‘dijangkiti’ dan disapu cat pendarfluor pada telapak tangannya.

Rakaman video dari NHK juga menunjukkan semua pengunjung menikmati ‘buffet’ sebelum lampu biru dihidupkan dan mendedahkan sejauh mana ‘virus’ tersebut telah tersebar.
Cat tersebut tersebar pada tangan orang lain dan pinggan mangkuk di seluruh ruangan. Ia membuktikan seberapa cepat dan mudah virus berpindah kepada setiap orang.

Orang ramai di dalam restoran itu dilihat terkejut apabila lampu biru tersebut mula dibuka dan menyedari bahawa cat tersebut telah merebak ke tangan dan pinggan mereka tanpa disedari.
Lelaki yang ‘dijangkiti’ mempunyai cat pada baju dan sekitar mulutnya. Ini menunjukkan kepentingan membasuh tangan semasa pandemik Covid-19.

‘Virus’ tersebut juga merebak melalui alatan komunal termasuk penutup bekas yang menyimpan makanan, tong yang memisahkan makanan dan pemegang bekas minuman.
Sumber: Daily Mail