Dua letupan telah dilaporkan di timur Ukraine hanya beberapa jam selepas sebuah kereta meletop dan pemindahan besar-besaran orang awam seramai 700,000 dari wilayah tersebut.
Difahamkan letupan tersebut dikaitkan dengan saluran paip gas yang berlaku di bandar yang dikuasai pemisah pro-Rusia di wilayah timur Ukraine.
Walaupun punca letupan tidak ketahui, namun ada pihak yang mendakwa, khususnya media barat, bahawa ianya merupakan operasi ‘false flag’ yang dikaitkan dengan tentera Rusia.
Awal hari ini, sebuah kereta meletup berhampiran ibu pejabat Rebuplik Rakyat Donetsk yang pro-Rusia. Letupan tersebut telah memusnahkan sebuah jip UAZ era Soviet milik Denis Sinenkov, Ketua Keselamatan Serantau sekaligus mencetuskan kembimbangan orang ramai.

Hanya sejam sebelum pengeboman kereta, ketua pro-Rusia Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk mengarahkan wanita, kanak-kanak dan warga tua berpindah serta-merta.
Hanya beberapa jam selepas itu, keliharan ‘bebola api’ menerangi langit dipercayai berpunca daripada paip minyak antarabangsa yang mengalir melalui bandar utama Luhansk yang dikuasi pemberontak meletup.

Letupan itu menggegarkan saluran paip Druzhba yang mengalir dari Rusia ke serata tempat di timur dan tengah Eropah.
Pihak yang mendakwa bahawa ini merupakan operasi false flag Rusia berkata, letupan paip gas ini akan memberika lesen untuk tentera Rusia melintasi sempadan Ukraine untuk menghantar misi ‘bantuan’ dan ‘perlindungan’ kepada kumpulan pemisah pro-Rusia.

Sumber: Dailymail