Usaha dua anggota polis yang cuba menyelamatkan tiga beranak daripada hanyut di sungai mendapat penghargaan dari warga net.
Menurut laporan Bernama, kejadian tersebut berlaku di Sungai Klang, kira-kira jam 3.30 petang tadi. Aksi kedua polis tersebut turut dirakam individu yang berada di tempat kejadian.
Dalam video tersebut, dua lelaki berseragam polis trafik dilihat sedang berpaut di jambatan sambil menghulurkan tangan untuk menyelamatkan mangsa.
Dapat dilihat dalam video sama, salah seorang mangsa berada di dalam sungai sambil memegang motorsikal yang turut terbenam ke dalam sungai. Keadaan mangsa buat masa sekarang belum dapat dipastikan.
“True hero”


Sumber: Bernama