Dikurniakan cahaya mata sememangnya antara nikmat yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berkahwin. Tidak dapat dinafikan, kehadiran cahaya mata memberikan penyeri kepada kebahagiaan rumah tangga yang terbina atas dasar cinta. Pun begitu, ada juga pasangan yang terpaksa menunggu lama untuk dikurniakan cahaya mata.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan dua garis biru terpampang pada set ujian kehamilan. Antaranya ialah dengan merancang kehamilan, namun begitu pasangan suami isteri perlulah mengetahui serba sedikit mengenai jenis keputihan dan juga cecair faraj.
Bertuah buat anda, Dr Raihana Ismail yang merupakan salah seorang pakar dalam bidang kehamilan ada berkongsikan mengenai lima jenis keputihan dan cecair faraj yang para wanita wajib tahu agar mudah untuk merancang kehamilan. Menerusi perkongsiannya di akaun TikTok, Dr Raihana turut menjelaskan punca dan akibat berlakunya keputihan itu sehingga boleh mempengaruhi kehamilan.
Menurut Dr Raihana, keputihan seperti ini adalah disebabkan Sexual Transmited Infection. Tambahnya, keadaan ini kadang-kadang hanya kekuninangan sahaja sama ada dapat dari pasangan atau wanita itu sendiri yang membawanya. Antara simptom yang disenaraikan oleh Dr Raihana pula adalah gatal-gatal ketika keluar keputihan seperti ini, sakit ketika bersama pasangan dan berasa senak pada ari-ari dan tidak selesa. Ianya perlu dirawat kerana boleh mempengaruhi kesuburan dan mengurangkan potensi untuk hamil.

Keputihan seperti ini adalah disebabkan oleh Bacterial Vaginosis(BV). Menurutnya, keputihan seperti ini biasanya disebabkan oleh orang yang suka menggunakan feminine wash ataupun kerap melakukan aktiviti meruang dan juga ada penggunaan herba-herba di bahagian bawah. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana keputihan seperti ini adalah jenis keputihan yang tidak sihat.

Menurut Dr Raihana, keputihan ini adalah tidak berapa bahaya berbanding dua keputihan yang disenaraikan sebelum ini. Perkara ini adalah disebabkan fungus ataupun jangkitan kulat. Pun begitu, sekiranya ada yang merasakan gatal-gatal pada bahagian luar vagina ataupun kelihatan kemerahan, perlu dapatkan segera vagina pessary ataupun segara makan ubat anti-fungal. Tapi, sekiranya tiada simptom gatal-gatal, keputihan ini boleh dianggap sebagai biasa dan juga keputihan sebelum anda nak ovulasi.

Terdapat tiga keadaan yang perlu diperhatikan sekiranya anda mendapati cecair ini keluar daripada faraj anda. Yang pertama adalah sekiranya mengalaminya sebelum haid, kemudian hari ketiga turun haid dan itu adalah normal. Bagi keadaan yang kedua, sepatutnya turun haid, namun keadaan itu tidak berlaku sehingga berhari-hari. Sekiranya berlaku sedemikian, anda perlu membuat pemeriksaan Urine Pregnancy Test(UPT) kerana berkemungkinan itu adalah darah implementasi. Bagi keadaan yang terakhir pula adalah keluar darah seperti itu dan campur dengan lendir egg white, berkemungkinan anda sedang berada dalam keadaan berovulasi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendapati terdapat simptom seperti ini, perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah sejarah bersama dengan pasangan.

Cecair ini merupakan antara cecair yang sangat ditunggu-tunggu oleh para isteri. Apa tidaknya, cecair ini menunjukkan bahawa seorang wanita itu sedang berada di dalam keadan yang subur. Tambah Dr Raihana, fizikalnya adalah sama ada cair ataupun mempunyai ketulan yang turut dikenali sebagai lendir egg white. Jangan pula hairan, cecair ini juga boleh keluar sekiranya wanita tersebut sedang menyusukan disebabkan perubahan hormon, ketika ransangan dan juga semasa waktu subur.

Untuk lebih mudah memahami dengan penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh menonton video di bawah yang diterangkan sendiri oleh Dr Raihana.
Untuk pengetahuan anda, Dr Raihana merupakan seorang pakar yang membantu ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Sebelum ini, beliau berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri dan kini sedang giat menyebarkan pelbagai tips-tips kehamilan yang sangat diperlukan oleh para wanita, terutamanya yang sedang merancang untuk mempunyai zuriat.
Setakat ini, lebih 1,000 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Raihana. Jangan bimbang kerana anda semua boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh Dr Raihana melalui akaun sosial media miliknya.


Jadi tunggu apa lagi, tak salah kan untuk ikhtiar menggunakan tips-tips yang dikongsikan oleh beliau. Lagipun, dah beribu-ribu wanita yang telah disahkan hamil dengan ikhtiar yang kebanyakannya secara semula jadi. Untuk para wanita yang ingin tahu mengenai apa-apa berkaitan masalah dalaman wanita juga sangat disyorkan untuk join Telegram dan TikTok Dr Raihana.