Kehamilan, itu adalah antara detik yang dinanti-nantikan oleh wanita yang sudah berkahwin supaya dapat menimang cahaya mata bersama suami tercinta. Pun begitu, tidak semua orang dikurniakan rezeki anak di fasa awal perkahwinan, malah ada yang terpaksa menunggu sehingga puluhan tahun untuk mendapatkan zuriat.
Walau bagaimanapun, pasangan tersebut tidak boleh berputus asa dan perlu juga ikhtiar apa yang termampu di samping yakin akan rezeki daripada Allah SWT. Boleh dikatakan, terdapat pelbagai tips yang boleh membantu para wanita untuk hamil, terutamanya dari segi pemakanan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Raihana Ismail, seorang pengamal perubatan yang sangat berpengalaman dalam bidang ini, antara tips yang boleh diikhtiar oleh para wanita yang ingin hamil adalah dengan cara menghasilkan ‘ubat kuat semula jadi’.
Ubat kuat semula jadi
Menurut perkongsiannya di laman TikTok, Dr Raihana menjelaskan bahawa tips berkenaan adalah yang paling penting yang biasanya disarankan kepada para wanita dan Alhamdulillah sudah ada yang berjaya hamil.
Mudah sahaja, anda hanya perlukan dua batang kayu manis serta air panas dan boleh rendamkannya selama lima belas minit. Jelasnya lagi, kaedah ini adalah seperti penyediaan teh kayu manis yang sangat mudah dan sihat.
Setelah direndam selama lima minit, air tersebut boleh terus diminum tanpa perlu menambah gula ke dalamnya. Tambah Dr Raihana, sekiranya anda menggunakan kaedah rebus, warna air tersebut akan menjadi lebih gelap seperti air teh.

Bantu wanita ikhtiar hamil
Minuman rebusan kulit manis ini juga boleh menghasilkan sebatian organik yang dinamakan sebagai Cinnamaldehyde yang turut mempunyai anti oksidan yang sangat kuat.
Anda juga boleh perahkan limau nipis dan limau kasturi untuk menambahkan lagi superoksidan. Tips yang dikongsikan oleh Dr Rai ini merupakan tips yang selalu dia sarankan kepada wanita yang mempunyai masalah PCOS terutamanya yang ingin dapatkan waktu subur yang berkualiti, telur yang matang sempurna.

Jadi, minuman rebusan kulit kayu manis ini boleh dicuba bagi mengembalikannya semula dan lebih mudah untuk seorang wanita itu hamil.
Banyak lagi tips ikhtiar hamil
Dr Raihana atau lebih dikenali sebagai Dr Rai yang pernah berkhidmat di klinik swasta miliknya sendiri merupakan seorang yang pakar untuk membantu ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan melalui nutrisi seimbang yang dikongsikan olehnya.
Tambahan lagi, dalam tempoh 18 bulan, lebih 800 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai. Jadi, rugilah kan kalau tak mengikuti tips-tips yang dikongsikan oleh Dr Rai.
Dr Raihana IsmailTidak salah untuk mencuba atau berikhtiar kan? Manalah tahu sudah tiba masanya untuk menimang cahaya mata setelah menjalani kehidupan berumah tangga berdua sahaja.
Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak tips ikhtiar hamil daripada Dr Raihana, anda boleh terus melayari laman TikTok Dr Raihana, ataupun terus melayari PAUTAN INI.