Kredit: Tiktok Dr. Allen

(Video) Doktor Gigi Ini Tunjuk Cara Paling Mudah Nak Tahu Mulut Korang Berbau Atau Tidak

Akhmar Ikmal

Masalah mulut berbau merupakan salah satu masalah yang sangat dibenci oleh semua orang. Masalah mulut berbau ini berpunca daripada banyak faktor seperti merokok, penyakit gigi dan ada juga yang disebabkan oleh sikap seseorang yang tidak suka memberus gigi. Masalah mulut berbau bukan sahaja memberikan kesan kepada diri sendiri, malah kepada orang sekeliling juga.

Orang yang mempunyai masalah mulut berbau ini membuatkan orang sekeliling tidak selesa untuk berada dekat dengan dirinya sehingga sukar untuk berkomunikasi. Namun begitu, tidak semua orang mengetahui bahawa mulut mereka sendiri sebenarnya busuk. Orang sekeliling pula takut untuk menegur kerana takut mereka terasa.

Seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan seorang doktor gigi bernama @botakdentist_oe atau Dr. Allen berkongsi satu video berkaitan cara mengetahui mulut sendiri berbau busuk. Jom ketahui cara untuk mengetahui sama ada mulut sendiri berbau busuk ataupun tidak.

Haa cubalah buat dan ketahui sama ada mulut anda itu berbau wangi ataupun busuk. Takut-takut dah berbau, bolehlah cuba ambil ubat untuk elakkan daripada masalah berbau ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tiktok Dr. Allen