Semalam, dunia dikejutkan dengan pemergian kanak-kanak berusia lima tahun, Rayan, yang telah meninggal dunia sejurus selepas dibawa keluar dari perigi. Rayan dilaporkan telah terperangkap di dalam perigi itu sejak Selasa minggu lalu dan operasi menyelamatkannya berakhir dengan berita duka.
Selama berhari-hari media sosial dibanjiri dengan doa buat adik Rayan agar dia berjaya dikeluarkan dari perigi itu dan selamat sehingga tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di media sosial.
Walaupun Rayan sudah tiada tetapi kisahnya akan terus diingati sampai bila-bila.
Bercakap mengenainya, seorang pengguna TikTok mendapat perhatian warganet kerana berjaya menghasilkan potret Rayan di atas sehelai daun.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @Hafizi_Eiji, potret itu diukir dengan sangat teliti dan sempurna dan hasilnya mendapat pujian warganet.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 8.9 juta kali di TikTok dan dibanjiri dengan komen-komen warganet yang merasa sebak melihat potret Rayan itu.




Selain potret Rayan, Hafizi juga sudah menghasilkan beberapa karya lain dan turut mendapat tempahan dari orang ramai. Video-videonya juga sentiasa mendapat perhatian di TikTok.
Sumber: Hafizi_Eiji