Satu video yang memaparkan anak kangaru masuk ke dalam poket ibunya telah menjadi tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh satu akaun TikTok bernama @animaladventures itu memaparkan secara jarak dekat berkenaan bagaimana anak kangaru itu memuatkan dirinya ke dalam poket ibunya.
Anak kangaru itu dapat dilihat mula memasukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum ‘adjust’ badannya mengikut keselesaannya.
Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 52 juta kali.
Sumber: @animaladventures