Seperti semua yang telah ketahui, negara Korea Utara adalah salah sebuah negara yang paling merbahaya untuk dimasuki atau dilawati.
Seperti yang diwar-warkan media seluruh dunia, Korea Utara ini jika dapat masuk pun, hanya beberapa tempat sahaja yang boleh dikunjungi.
Namun tidak kisahlah berkenaan perkara itu. Tetapi tahukah anda bahawa Korea Utara ini dari dalam sebenarnya tampak seakan sama sahaja seperti negara-negara yang lain.
Rutin harian didalamnya tampak normal sahaja. Jalan-jalan mereka juga terdapat orang yang sedang balik kerja, pelajar baru selesai sesi persekolahan dan ada juga makanan-makanan yang dijual di kaki lima.
Satu video yang dimuat naik oleh seorang Youtuber dari Indonesia ini bersama isterinya ada merakamkan tentang suasana di Korea Utara dan streetfood yang terdapat di negara itu.
Ketika dia menghampiri sebuah kedai di kaki lima tersebut, terdapat seorang askar Korea Utara yang sedang menjamah makanan di situ.
Askar tersebut tampak seakan pelik dengan kehadiran mereka sambil melihat atas bawah. Mungkin tidak pernah nampak wanita berhijab atau bangsa lain di negaranya.
Mujur, askar tersebut tidak menganggunya pada ketika itu dan terus beredar pergi sebaik makanannya habis.
Lelaki tersebut kemudiannya meneruskan rutinnya sebagai pelancong dengan mengambil gambar salah sebuah hotel yang megah di Korea Utara sebelum pergi semula ke gerai yang menjual makanan itu.
Menurut deksripsi pada video berkenaan, mereka beragama Islam, justeru mereka tidak banyak membeli makanan dan berhati-hati dalam memilih makanan.
“Kami hanya membeli makanan yang mengandungi sayur-sayuran atau makanan laut atau beras dan tepung,” tulisnya.
Di gerai itu, dia bersama isterinya telah membeli satu makanan yang berbentuk seakan roti canai. Tidak dapat dipastikan rasanya atau apa nama sebenarnya, tetapi makanan yang seakan roti canai itu tampak seperti berintikan sayur didalamnya.
Penjual tersebut turut menghulurkan botol yang berisi kacang. Mungkin makanan itu lebih sedap dimakan dengan kacang tersebut.
Sesudah sahaja mereka selesai makan, mereka mengambil beberapa foto dan terus menuju ke kereta mereka.
Semasa hendak menuju ke kereta mereka, terlihat beberapa orang pelancong, rakyat Korea Utara sedang berjalan dan pelajar sedang pulang ke rumah dalam kumpulan.
Video tersebut telah dimuat naik ada 2 Mei 2016. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 25 juta kali.
Sumber: Jaka Parker