Memang duit itu tidak boleh membeli kebahagiaan tetapi zaman sekarang semua benda memerlukan wang untuk cukupkan kelengkapan harian. Tetapi, sesetengah orang tertanya-tanya tentang hukum menggambil duit pasangan tanpa pengetahuan mereka.
Mungkin ramai yang dah tahu hukum isteri mengambil wang suami tanpa kebenaran adalah boleh jika mengikut kadar yang diperlukan tetapi, apa pula hukumnya jika si suami yang ambil wang isteri tanpa kebenaran?
Nampak mudah kan tetapi sebenarnya berat. Dan jawapannya adalah haram dan ‘mencuri’ jika suami terus mengambil duit isteri tanpa kebenaran mereka.
“Isteri sahaja boleh ‘curi’ duit suami, suami tidak boleh ‘curi’ duit isteri…”
Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi ceramahnya di laman Youtube rasmi beliau mengupas tentang hukum si suami mengambil wang isteri tanpa kebenaran mereka.
Dengar dan tonton video UAI untuk lebih faham.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official