(Video) Disangkakan Jeritan Mangsa Culik, Polis Serbu Rupanya Suara Burung Kakak Tua Pandai Bercakap

Aqmal Ezany

Sepasukan polis Florida, Amerika Syarikat gelak besar apabila mendapati teriakan perkataan “Let me out!” seakan diculik itu rupa-rupanya datang daripada seekor burung kakak tua yang dibela oleh seorang lelaki di rumahnya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di kejiranan tersebut yang membuat panggilan kecemasan selepas terdengar teriakan yang disangkakan bahawa ada orang sedang diculik.

Susulan daripada panggilan kecemasan itu, 4 anggota polis dari Jabatan Polis Palm Beach telah digegaskan ke rumah seorang lelaki yang sedang membaiki kereta dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya berikutan laporan yang dibuat itu.

Pegawai polis tersebut melaporkan bahawa ketika mereka menyatakan sebab kenapa mereka berkunjung ke rumah lelaki tersebut, dia bertindak tersenyum dan terus memperkenalkan burung kakak tua yang dibelanya itu kepada pegawai polis berkenaan. Apabila sekembalinya lelaki itu, para pegawai polis tersebut terus tergelak.

Lelaki itu kemudiannya memberitahu pada pihak polis bahawa dia telah mengajar Rambo (nama burung tersebut) untuk berteriak “Let me out!” semasa Rambo masih kecil dan tinggal di gua lagi.

Selepas semuanya telah dijelaskan, para pegawai polis terus meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber: AP