Haiwan adalah ciptaan tuhan yang turut mempunyai hati dan perasaan. Mereka juga turut mempunyai emosi.
Mereka juga turut boleh berasa sedih, gembira, marah dan banyak lagi sama seperti manusia. Cuma yang membezakannya adalah, mereka ini tidak reti untuk memberitahu atau bercakap dengan manusia.
Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah berbuat baik kepada mereka kerana mereka ini juga adalah ciptaan tuhan di muka bumi ini yang hidup seperti manusia.
Bagi membuktikannya, satu video di akaun Instagram makassar_iinfo ini ada menunjukkan seekor anjing yang dikatakan selalu mengigau dan tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana trauma akibat pernah diseksa.
Anjing tersebut dikatakan selalu menangis dalam tidurnya juga.
Difahamkan bahawa anjing itu menjadi sebegitu kerana telah diseksa oleh orang yang tidak dikenali sampai tercedera.
Perkara itu boleh dilihat pada parut besar yang berada di bahagian perutnya.
Oleh yang demikian, anjing tersebut dilaporkan hidup dalam keadaan trauma dan ketakutan. Badannya juga selalu menggigil.
Kerana prihatin akan nasib anjing tersebut, pasukan penyelamat kemudiannya berusaha untuk menolongnya.
Mereka telah membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Anjing malang itu kemudiannya diperiksa dan diberikan rawatan untuk luka-lukanya.
Kesemua mereka berusaha gigih untuk menenangkan anjing itu agar dia tidak lagi berasa tertekan.
Mereka telah menyediakan satu ruang khusus terapi yang lengkap dengan lampu serta kain yang untuk anjing berkenaan.
Tanpa diduga, anjing itu akhirnya dapat tidur dengan tenang tanpa mengigau dan menangis seperti yang sebelumnya. Dia akhirnya dapat tidur dengan aman.
Keesokan harinya anjing itu terus dilatih untuk berkelakuan seperti seekor anjing normal tanpa ada rasa takut lagi.
Beberapa bulan kemudian, anjing malang itu akhirnya mampu untuk pulih daripada trauma yang dialaminya dan menjadi seekor anjing yang kini lebih berani.
Sumber: makassar_iinfo