Seorang bayi perempuan yang baru lahir dilaporkan ditemui terapung di dalam sebuah kotak kayu di Sungai Ganges di India.
Menurut Daily Mail, tangisan bayi yang berusia 21 hari itu didengari oleh seorang lelaki yang sedang menaiki perahu yang kemudiannya menemuinya dibalut dengan selendang merah di dalam kotak yang dihiasi dengan gambar dewa-dewa agama Hindu.
Rakaman penemuan bayi tersebut memaparkan detik-detik orang ramai berkumpul di sekitar Gullu Chaydhary ketika dia membuka kotak tersebut sebelum membawa bayi itu ke tebing sungai di bandar Ghazipur, utara Uttar Pradesh, pada 14 Jun.


Bayi tersebut kemudiannya digegaskan ke hospital. Pihak hospital menyatakan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat. Selepas bayi tersebut discaj dari hospital dia dilaporkan akan dibawa ke pusat jagaan sosial.
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat motif kejadian itu.
Polis menyatakan bahawa kotak itu berisi dengan kad horoskop yang mengandungi tarikh lahir bayi tersebut dan menamakannya sebagai Ganga, sempena nama sungai Ganges.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan mereka akan menanggung kos bagi menjaga bayi itu.
Lelaki yang menemui bayi tersebut akan diberi ganjaran berupa rumah dan faedah negeri lain, kata Ketua Menteri Yogi Adityanath kepada media tempatan kerana menjadi contoh ‘kemanusiaan yang tidak dapat ditandingi’ kerana menyelamatkan bayi itu.

Chaudhary memaklumkan kepada media tempatan bahawa ketika orang ramai mendengar tangisan bayi itu, tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu.
Sumber: Daily Mail
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam