Video penyelamatan seekor biawak yang bersembunyi di siling rumah seorang penduduk telah tular di media sosial. Video tersebut telah membuatkan ramai warganet terkejut.
Video tular itu telah dikongsikan oleh akaun Instagram bernama @fakta.indo. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 640 ribu kali.
Beberapa lelaki berpakaian seragam biru kelihatan cuba untuk mengeluarkan biawak yang bersembunyi di siling rumah itu.
“Seekor biawak telah masuk ke dalam rumah seorang penduduk, sudah 2 bulan ianya berada di atas siling itu, baru sedar lepas siling tersebut patah dan mengakibatkan kakinya terkeluar,” tulis akaun @fakta.indo sebagai keterangan dalam perkongsiannya itu.
Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi kejadian itu berlaku.
Ketika salah seorang lelaki yang berpakaian seragam itu cuba untuk mengeluarkannya, kelihatan tangan biawak tersebut telah terkeluar daripada siling itu.
Tidak lama kemudian, biawak itu kemudiannya jatuh. Biawak tersebut tampak bergerak ke depan dan kebelakang sejurus selepas mencecah lantai rumah.
Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki memaklumkan bahawa biawak tersebut sudah dua bulan berada di rumahnya.
Mujur petugas yang berusaha mengeluarkan biawak itu kemudiannya berjaya menangkap biawak tersebut dengan tangan kosong.
Warganet yang melihat insiden penyelamatan biawak itu turut memberikan pelbagai komen.
“Dia yang nak tangkap, saya yang terkejut,” tulis seorang warganet yang terkejut.
“Selama 2 bulan makan apa dia?” soal seorang warganet.
“Besar macam tu, saya sangkakan buaya kecil,” ujar seorang warganet yang terkejut dengan saiz biawak tersebut.