Ribut Dennis adalah ribut Eropah yang paling aktif pernah menjejaskan bahagian Eropah Barat Laut. Dennis dinamakan oleh UK Met Office pada 11 Februari 2020.
Ia dijangka menjadi salah satu daripada ribut paling hebat yang pernah dilaporkan di Lembah Atlantik Utara.
Terbaru, menerusi laman sosial, sebuah kapal terbang Etihad A380 bergelut semasa mendarat di Lapangan Terbang Heathrow dipercayai terganggu dengan cuaca yang tak menentu.
Walau bagaimanapun, hasil ketangkasan juruterbang, pesawat berkenaan dilihat berjaya didaratkan dengan selemat walaupun posisi kapal ketika menyentuh landasan dilihat agak luar biasa berbanding apa yang pernah dilihat sebelum ini.
Saksikan video dibawah.
Sumber: Breaking Aviation News