Hari ini, media melaporkan bahawa Rusia telah menghantar tentera dan kereta kebal ke dua buah wilayah Ukraine yang mengisytiharkan kemerdekaan, iaitu Donetsk dan Luhansk.
Kehadiran pasukan bersenjata Rusia di wilayah berkenaan telah mencetuskan kebimbangan dan dikecam banyak pihak, antaranya negara-negara Eropah, bagaimanapun Rusia mendakwa, ia dihantar untuk tujuan ‘Misi Pengaman’.
Keputusan itu dibuat selepas Rusia mendakwa Ukraine mungkin akan bertindak balas dengan lebih keras susulan pengisytiharan kemerdekaan berkenaan.
Namun begitu, beberapa pihak khususnya Amerika Syarikat tidak menerima alasan yang diberi Rusia dan menganggap ‘Misi Pengaman’ itu sebagai mengarut.
Sebaliknya, Amerika Syarikat menuduh tindakan Rusia itu sebagai alasan untuk memulakan peperangan.
Terdahulu, Vladimir Putin turut mengiktirafkan kemerdekaan kedua-dua wilayah tersebut yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.

Rusia pada 2014 turut mengambil alih wilayah Crimea dari Ukraine yang mana ia turut mengundang kecaman antarabangsa.
Crimea kekal dalam penguasaan Rusia hingga ke hari ini.
Sumber: Theguardian, BBC