Pernahkah anda lihat atau mencuba senaman leher yang menggunakan alat khas? Mungkin kita biasa gunakan alat khas di gim tetapi aktiviti senaman yang akan dikongsikan ini lebih sesuai dikatakan sebagai ‘buaian leher’!

Begitulah yang terdapat di Shenyang Shi, China apabila alat seperti buaian ini dikhaskan untuk menggantungkan leher sahaja. Menurut sumber Daily Mail, trend pelik ini telah mendapat populariti yang besar dalam kalangan masyarakat Cina di sana.
Beberapa tahun kebelakangan ini di beberapa daerah China, aktiviti senaman ini melibatkan seseorang menggantung diri mereka dengan satu set tali yang melekat di leher mereka.
Pergerakan ayunan ini kebanyakannya ditambah baik daripada pelbagai orang yang mencubanya.

Apa yang menariknya, ramai orang yang telah mencuba rutin ini mengatakan bahawa aktiviti tersebut telah menyembuhkan sakit leher mereka.

Jelas portal, para pakar ada mengatakan bahawa orang ramai harus mengehadkan masa mereka pada alat unik ini bagi mengelakkan kecederaan. Pengguna alat ini dinasihatkan agar berlatih selama kurang daripada 30 minit sahaja. Hal ini berikutan senaman ini agak ekstrem dan memerlukan ketahanan badan yang baik.
Sumber: Facebook Daily Mail