Mungkin sebelum ini ramai yang tidak kenal dengan nama Vladimir Putin berbanding sekarang kerana isu pergolakan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia ramai yang sudah mengenali Presiden Rusia ini.
Namun perasan atau tidak, cara Presiden Rusia ini berjalan? Selalunya kita akan menghayunkan kedua-dua belah tangan untuk berjalan kan, tetapi Putin seringkali kelihatan hanya menghayunkan sebelah kiri sahaja, sebelah kanannya terkunci rapi di tepi ataupun dihayunkan dengan minima sahaja.
Sehingga kini tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan tabiat berjalan luar biasa Putin. Ada juga yang mengatakan ia berlaku kerana virus polio yang pernah menjangkitinya semasa kecil, ada yang kata ia adalah simptom penyakit Parkinson.
Tetapi, sepasukan Pakar Neurologi Belanda mendakwa telah menemui jawapan sebenar setelah menjalankan satu kajian terhadap cara unik Vladimir Putin berjalan.
Pasukan tersebut mengatakan bahawa gaya berjalan unik Putin adalah disebabkan latihan yang diterimanya semasa berkhidmat dalam Jawatankuasa Gosudarstvennoy (KGB), sebuah perkhidmatan perisikan rahsia Kesatuan Soviet yang dibubarkan sejak tahun 1991.
Sebelum terlibat dalam politik, Putin merupakan seorang pegawai perisik dan pernah berkhidmat di Jerman.
“Mereka boleh bergerak atau menghayunkan tangan kiri dengan bebas tetapi tidak tangan kanan.”
Pakar saraf ini telah meneliti video di laman Youtube yang menunjukkan cara berjalan Presiden Putin. Mereka juga telah menganalisis garis panduan latihan KGB dan merumuskan dalam satu kesimpulan.
Dibawah garis paduan tersebut, ejen KGB dikehendaki menyembunyikan senjata mereka dengan tangan kanan mereka dekat dengan dada. Mereka boleh bergerak atau menghayunkan tangan kiri dengan bebas tetapi tidak tangan kanan. Ini tujuan untuk mereka bersiap sedia mengeluarkan senjata apabila berdepan dengan musuh.
Perkara ini bukan sahaja berlaku pada Putin malah Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev dan tiga pegawai tinggi Rusia yang lain juga berjalan dengan cara yang ‘pelik’. Kata pakar, kesemua mereka hanya menghayunkan tangan kiri sahaja semasa berjalan.
Kumpulan penyelidik ini juga mendakwa, ada kemungkinan juga latihan-latihan persenjataan lain dalam KGB turut mempengaruhi cara pemimpin-pemimpin elit Rusia berjalan.
Sumber: TheGuardian