Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang teruk dibadai dengan wabak pandemik COVID-19.
Kes positif baharu yang kian meningkat naik sejak kebelakangan ini telah membuatkan ramai orang kini bimbang dengan kesihatan dan keselamatan diri.
Bukan angka kes COVID-19 sahaja yang turut naik, ianya turut disusuli dengan peningkatan kes kematian yang kian hari kian meningkat.
Tiap-tiap hari ada sahaja korban daripada virus maut ini membuatkan petugas-petugas barisan hadapan serta petugas yang menguruskan jenazah kesibukan.
Seperti yang dipaparkan dalam satu video yang dikongsikan akaun Twitter Bernama ini, terdapat deretan van membawa jenazah yang dipercayai pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 sejak 7.40 malam tadi.
Dapat dilihat didalam video tersebut ketika deretan van jenazah itu bergerak memasuki tanah perkuburan berkenaan, suasana hiba dapat dirasai.
Turut kelihatan bahawa terdapat orang awam di kawasan luar pintu pagar tanah perkuburan berkenaan. Berkemungkinan ianya adalah ahli keluarga korban.
Pihak polis juga turut kelihatan mengawal pintu pagar tanah perkuburan tersebut untuk menghalang orang awam daripada cuba memasuki kawasan berkenaan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video tersebut seperti berikut:
Sumber: Bernama