Gambar: Twitter

(Video) Diarah Berkurung, Penduduk Wuhan Buka Tingkap, Saling Laungkan Kata Semangat

Amira

Perintah kuarantin di beberapa bandar dalam wilayah Hubei termasuk Wuhan membuatkan penduduk tempatan terpaksa berkurung di rumah masing-masing.

Mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan orang luar dan perlu memakai topeng muka jika ke tempat umum.

Bandar yang dipenuhi 11 juta penduduk itu kini lengang selepas hampir kesemua rakyatnya berkurung bagi mengelakkan jangkitan virus itu.

Terbaru, seorang pengguna Twitter memuatnaik video penduduk di sana yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Mereka membuka tingkap masing-masing dan saling melaungkan kata-kata semangat agar tidak berputus asa menghadapi hari-hari gelap itu.

“Video ini dari kawan saya di Wuhan yang sedang menerima rawatan selepas demam,” tulis @Hyde_Rio_Este.

“Wuhan jia you”

Seorang wanita mengucapkan kata semangat dari rumahnya sambil teresak menangis.

Sumber: Twitter