Setiap pekerjaan sememangnya mempunyai cabaran yang terpaksa ditempuh. Antara cabaran yang dimaksudkan adalah seperti kekangan masa sehingga terpaksa mengorbankan waktu bersama keluarga terutamanya ketika cuti.
Seorang pegawai polis bantuan China yang dilihat sedang mengesat air matanya kerana terpaksa bertugas semasa musim cuti Musim Luruh. Rakaman detik sayu itu telah menjadi tular di media sosial di mana rata-rata netizen turut terkesan dengan pengorbanan anggota yang bertugas.

Menurut People’s Daily, Wei Jia yang berumur 21 tahun itu terpaksa bertugas sepenuh masa sejak wabak virus yang telah meragut ribuan nyawa di China itu tercetus.
Menerusi rakaman tersebut juga, pegawai polis bantuan itu juga dilihat makan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum bangun dengan membawa kertas.
Video yang berdurasi selama 22 saat itu dapat mencerminkan apa yang dilalui rakyat China pada ketika ini.
Sumber: People’s Daily, China