Sebuah lubang besar telah di tengah-tengah persimpangan jalan raya di Jian Shi, China telah mengakibatkan sebuah kereta terhumban ke dalamnya.
Menurut Daily Mail, lubang yang terbuka besar di persimpangan itu menjadikan pemanduan sangat berbahaya kepada semua. Seorang pemandu yang tidak menyedari akan lubang itu telah terhumban ke dalamnya.
Mujurlah apabila orang yang berada di sekitar jalan tersebut meluru ke lubang tersebut dan cuba menyelamatkan mangsa.
Dilaporkan, kemalangan itu telah menyebabkan mangsa cedera dan keretanya remuk. Namun, mangsa berjaya keluar dari kereta dan beberapa orang berjaya menariknya naik ke atas.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan segera.
Dipercayai bahawa hujan lebat pada hari tersebut mengakibatkan jalan runtuh.
Siasatan lanjut telah dijalankan selepas kejadian itu.
Jelas sumber, ia merupakan sesuatu yang memalukan apabila mereka menutup bahagian jalan tersebut hanya setelah seseorang mengalami kecederaan disebabkannya.
Sumber: Daily Mail