Kebakaran di Australia masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti dan ia semakin membimbangkan walaupun hujan telah turun beberapa hari yang lalu.
Pelbagai pihak termasuk artis dan selebriti terkenal telah bersama-sama membantu penduduk di Australia untuk meneruskan kehidupan dan memberikan sokongan moral kepada mereka dalam menghadapi bencana yang tidak diingini itu.
Media sosial menjadi medium kepada orang ramai untuk menyebarkan maklumat serta rakaman terkini mengenai apa yang sedang berlaku di Australia.
Terbaru, portal Daily Mail memuat naik satu video yang memperlihatkan api yang marak ‘menyerang’ belukar di kawasan rumah seorang penduduk di Parma.
Melalui video itu, penduduk yang dikenali sebagai Jack itu dilihat berlegar-legar menyembur air bagi ‘membasahkan’ rumahnya daripada ‘dijilat’ api.

Namun, tidak lama selepas itu, langit yang cerah kelihatan semakin gelap disebabkan abu dan asap hitam yang menutupi awan. Suasana di situ sangat mengerikan apabila langit tiba-tiba menjadi gelap dan api mula datang ‘menjilat’ pokok-pokok dan belukar berhampiran rumah tersebut.

Api tersebut merebak dengan pantas dan abu dilihat berterbangan di seluruh kawasan rumah.
Menariknya, Jack masih lagi kekal berada di premis tersebut bagi memastikan segala harta bendanya selamat dari ‘dijilat’ oleh api yang dilihat tidak akan padam dengan mudah.

Netizen yang melihat video itu memberikan pelbagai reaksi dan mereka semua berharap agar hujan turun dengan lebat.
Tuhan rahmati anda semua, ia sangat menyedihkan.

Berfikir, dia salah seorang yang bertuah. Kami memerlukan hujan sangat-sangat.

Ia kelihatan sangat teruk. Kita berdoa untuk hujan yang lebih lebat.

Saya sangat takut, doa untuk semua. Saya juga doa hujan turun.

Ia benda menakutkan yang pernah saya lihat.

Tuhanku, ia kelihatan seperti dunia akan berakhir.

Sumber: Daily Mail