Beberapa orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin, dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.
Detik cemas tersebut tular dikongsikan oleh akaun Tiktok Astro Awani, dipercayai berpunca daripada angin ribut.
Menerusi video tersebut, kren gondala yang hilang kestabilan itu dilihat berlanggar dengan dinding bangunan sekaligus mengundang kerisauan mengenai situasi para pekerja tersebut.
Tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai insiden berkenaan setakat ini. Video kejadian boleh ditonton dibawah.
Sumber: Astro Awani