Sekumpulan penduduk kampung bertindak berani menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir kilat di air terjun Anaivari, Tamil Nadu.
Walau bagaimanpun, dua orang daripada mereka tergelincir dalam arus deras ketika cuba naik kembali, memetik laporan India Today.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit, wanita itu dapat dilihat bersama-sama seorang kanak-kanak duduk di atas batu ketika air terjun sedang mengalir deras. Empat orang penduduk kampung cuba untuk menyelamatkan mereka dengan menggunakan tali.
Orang kampung dilihat dengan berhati-hati cuba untuk mengangkat kanak-kanak tersebut dan kemudiannya mengangkat wanita itu.
Namun, tak lama selepas wanita dan kanak-kanak tersebut diselamatkan, dua orang penduduk kampung cuba untuk menyelamatkan diri dengan menggunakan tali tetapi mereka telah hilang keimbangan lalu tergelincir dan jatuh ke dalam air sungai.
Tetapi, mereka berdua berjaya berenang ke bahagian tepi sungai bagi menyelamatkan diri daripada dibawa arus deras.
Orang ramai yang melihat kejadian itu terus bersorak untuk memberi semangat kepada mereka di atas pengorbanan itu.
Air terjun Anaivari adalah tempat pelancongan yang popular dan pada setiap hari Ahad orang ramai akan berkumpul di kawasan itu, tetapi mereka tidak menjangkakan banjir kilat akan berlaku pada ketika itu.
Sumber: India Today