Dua kanak-kanak di New York nyaris maut apabila seorang lelaki bertindak menembak sasarannya yang dipercayai cuba bersembunyi di sebalik mereka.
Lapor Daily Star, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya yang berusia lima tahun itu berada di sebuah jalan berhampiran bangunan apartment mereka sebelum secara tiba-tiba seorang lelaki yang dikejar penembak berlanggaran dengan kanak-kanak terbabit.
Tanpa menghiraukan kewujudan kanak-kanak itu, penembak terus melepaskan beberapa das tembakan terhadap sasarannya yang berada di antara mereka.
Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan pada kedua-dua kaki dan belakangnya. Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak terlibat berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan, lapor Daily Star.
Mangsa yang terkena tembakan sedang menjalani rawatan di hospital dan dijangka selamat.
Kejadian tembakan di kejiranan itu dilaporkan meningkat pada tahun ini berbanding tempoh sama pada 2020.
“Ia sangat menyedihkan. Kami dengar bunyi tembakan itu,” kata Nilda Hock, 75 yang tinggal berhampiran.
“Banyak perkara buruk terjadi di kejiranan ini,” tambahnya.
Perkara itu dipersetujui oleh penduduk lain, Kat, 31 yang menganggap tindakan itu sebagai tidak berhati perut.
“Keganasan melibatkan senjata api terlalu banyak. Semua ini keterlaluan. Dia cuai dan tidak berhati perut.
“Saya melihat kekarutan ini setiap hari. Anda faham maksud saya,” ujarnya.
Sumber: Daily Star
BACA: Teringin Anak Tapi Hidap PCOS, Doktor Kongsi 6 Tips Ikhtiar Hamil Secara Semula Jadi Buat Bakal Ibu
BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui