Tiga orang yang dipercayai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka tetia tenggelam dalam kejadian di Sungai Tembeling hari ini.
Dalam kejadian tersebut mereka bertiga dalam misi bantuan menghantar barang makanan hasil daripada sumbangan ke Kampung Orang Asli Aur.
Difahamkan dalam rakaman ihsan APM Pahang tersebut, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki karam setelah dipukul arus deras yang kuat di sungai tersebut.
Bagaimanapun, mereka bertiga terselamat dan tidak menghadapi sebarang kecedaraan dalam insiden tersebut.
Sumber: Fareez Azman