Di Mexico satu video telah tular yang memaparkan seekor beruang yang tiba-tiba hadir ke sebuah majlis perkahwinan. Hal ini membuatkan para tetamu terpegun, lapor India Times.
Klip video itu memperlihatkan beruang tersebut cuba untuk naik ke atas meja makan tetamu. Beruang itu juga menyentuh bunga dan kutleri yang berada di atas meja sehinggakan bunga itu terjatuh.
Orang ramai dilihat cuba untuk memukul periuk dan kuali bagi menghasilkan bunyi yang bertujuan untuk menakut-nakutkan beruang itu.
Beruang itu kemudiannya berjalan melepasi meja tetamu yang lain dan terus menghala ke arah pintu keluar di belakang. Orang ramai kelihatan tidak begitu takut dengan mamalia itu.
Namun, apa yang menariknya dalam rakaman itu, beberapa orang seakan tidak takut, malah hanya duduk dan terus menjamah makanan di meja makan sambil haiwan itu melalui mereka.
Video itu tular dan memperoleh jumlah tontonan yang begitu banyak semenjak video tersebut dimuat naik pada 22 Oktober yang lalu.
Sumber: India Times