Deretan premis perniagaan dua tingkat yang menempatkan bengkel motosikal dan kedai alat ganti kenderaan di Petaling Utama, Jalan PJS 1/2, Petaling Jaya terlibat dalam kejadian kebakaran sebentar tadi.
Memetik daripada laporan berita tempatan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam dan pasukan bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun, jumlah premis yang terlibat dalam kebakaran tersebut masih belum dikenalpasti.
Sumber: Kosmo, Twitter