Rata-rata masyarakat tahu, bahawa kasih sayang atuk dan nenek selalunya lebih di tunjukkan kepada mereka berbanding anak-anak mereka. Selalunya kalau balik kampung mesti atuk dan nenek akan mengiakan setiap apa yang cucu mereka mahukan.
Sebagai contoh, jika cucu mereka memberitahu makanan yang mereka mahukan, nenek pasti akan berusaha untuk masakkan. Tak kurang juga atuk dan nenek yang sering membelikan barangan mainan buat cucu mereka.
Begitulah kisahnya menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok @kimblysoh. Dalam video tersebut, pemilik akaun merakamkan sebuah pemandangan yang sangat menyayat hati di sebuah pusat membeli belah.
Video tersebut menunjukkan susuk seorang lelaki yang sepertinya sudah layak digelar ‘atuk’. Lelaki tersebut dilihat sedang duduk di sebuah meja yang terdapat di situ sambil melihat mainan yang baru sahaja dia beli. Sesekali dia mengusap dan membersihkan kotak mainan tersbut yang mungkin akan diberikan kepada cucunya itu.
Warganet turut tidak melepaskan peluang untuk komen dan ada juga yang berkongsi tentang pengalaman mereka:
‘Cucu dia sangat beruntung! Atuk saya dah meninggal sejak saya lahir’
Kredit: @kimblysoh‘Dia mungkin tengah cari cara nak pasang untuk di tunjukkan pada cucunya’
Kredit: @kimblysoh‘Saya teringat ada satu masa, ayah saya tak nak belikan mainan untuk saya jadi atuk saya senyap-senyap belikan mainan itu’
Kredit: @kimblysohSumber: suara.com