Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus berjaya mengalahkan pesaing-pesaing mereka dalam pusingan 1/32 Finals Repechages bagi acara pecut lelaki untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Muhammad Shah Firdaus berjaya menamatkan perlumbaan yang turut disertai oleh atlet dari Poland dan Kanada itu.
Walaupun pada awalnya beliau tampak seakan ketinggalan, namun pada minit-minit akhir, henjutan yang bertenaga berjaya meletakkan dirinya sebagai pemenang sekali gus mengalahkan dua pelumba tersebut untuk membuatkan dirinya layak ke peringkat seterusnya.
Dato’ Azizulhasni Awang pula tampak seakan tidak mempunyai masalah dalam menundukkan dua pelumba daripada Australia dan Colombia itu.
Ethan Mitchell dari Australia dan Kevin Santiago daripada Colombia itu tampak seakan tidak berdaya mengejar The Pocket Rocket Man pada minit-minit akhir perlumbaan.
Kedua-dua atlet berbasikal trek negara dilaporkan berjaya meneruskan kemaraan memburu pingat buat negara selepas menepati sasaran dalam melayakkan diri ke peringkat seterusnya bagi acara pecut lelaki itu.
Sumber: BERNAMA