Video lama Eddie Hall warga Britain ini telah mencipta rekod dunia apabila berjaya dalam acara deadlift dengan mengangkat beban seberat 500 kilogram (kg) mula tular beberapa hari ini.
Bukan mudah untuk berjaya. Namun, Eddie Hall berjaya melakukan ‘aksi’ ngeri ini sehinggakan keadaannya tidak stabil dan memerlukan ruang serta masa untuk bertenang.
Menerusi video tersebut, setelah beliau berjaya mengangkat beban seberat setengah tan itu kelihatan secara automatik darah keluar melalui hidungnya. Walaupun kejadian tersebut nampak ‘ngeri’ tetapi beliau berjaya mencipta rekod untuk dirinya.

Selepas berjaya mengangkat bebanan itu, beliau bagaikan mahu pitam dan pasukan medikal segera mendapatkannya dan membantu beliau kembali berdiri.

Bagaimanapun, para penonton tetap bersorak menyokong kehebatan ‘strongman’ Eddie Hall ini.
Sumber: Giant Live