Jumaat lalu tular video yang memaparkan beberapa kawasan di Langkawi yang dilanda ribut. Tidak terhenti di satu kawasan, bencana itu ‘bertiup’ yang menjejaskan beberapa negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
Justeru, ramai yang berkongsi keadaan semasa di tempat masing-masing dengan memuatnaik hantaran mahupun video di media sosial.
Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan bahawa kejadian ribut dan hujan lebat di beberapa negeri itu sebenarnya berpunca daripada taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China.
Terbaru, seorang penguna Twitter telah berkongsi pengalamannya menghadapi bencana berkenaan ketika dia sedang berada di dalam feri. Menurutnya, insiden itu berlaku petang semalam ketika dia sedang dalam berjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi dengan menaiki feri.

Hantaran itu nyata mendapat pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen. Malah ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka.
Pintu belah depan feri pecah kena ombak

Tiba-tiba ribut, kapal dah macam tinggi sebelah, sepanjang jalan nangis je

Sumber: Twitter