
Banyak cara jodoh boleh datang kepada kita, ada yang secara tiba-tiba, ada yang hadir melalui usaha. Apapun jalannya, segalanya tertakluk kepada takdir dan aturan Tuhan Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, seorang pemuda, Saiful Amir berkongsi kisah pertemuannya dengan isteri, Nur Syafika yang baru melangsungkan penikahan mereka 27 November lalu.
Kata Saiful, mereka hanya berhubung melalui mesej Instagram sejak Julai lalu selepas Nur Syafika memulakan perbualan bersama pemuda itu.
Malah, mereka hanya bertemu buat pertama kali sewaktu pertunangan pada 23 Ogos lepas. Pasangan itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan mereka dan sah bergelar suami isteri baru-baru ini.
Lantaran itu, ramai kenalan dan warga maya yang mendoakan mereka. Video perkongsian Saiful Amir mendapat lebih 50,000 tontonan di akaun TikTok miliknya.



Sumber: Saiful Amir