Kadang-kadang kita rasa diri kita ini susah, tetapi percayalah ada orang lain yang lagi susah dari kita. Ya, setiap insan pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza.
Hanya kekuatan dalaman sahaja yang mampu bertahan dengan ujian. tersebut. Dalaman yang kuat pasti akan tabah menghadapi ujian kerana mereka percaya disebalik ujian ini pasti ada sinar di penghujung jalan.
Begitulah yang berlaku pada adik Aisyah yang baru menamatkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sangat cekal hati membantu ibunya berniaga kerepek di kaki lima bangunan.
Menerusi perkongsian daripada FS Channel, bertemu dengan adik Aisyah yang merupakan salah seorang insan yang bakal dibantu oleh team FS ini.
Apa yang menjentik hati kecil orang ramai apabila, Aisyah ini menceritakan bhawa dia pernah dipandang hina dan impiannya sama seperi remaja yang lain bekerja di tempat yang lebih selesa.
“Orang pandang rendah kat Aisyah, Aisyah pun teringin nak kerja macam kawan-kawan yang lain…”

“Niat Aisyah hanya untuk tolong mama”
Difahamkan, gadis ini juga menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat seterusnya. Walaupun, pada usianya masih muda tetapi pemikirannya jauh melangkaui usianya. Niatnya hanya untuk meringankan beban ibu di rumah.
Paling menyentuh hati, team FS ingin memberi sumbangan sedikit pada gadis ini tetapi dia menolak kerana merasakan Allah SWT telah memberi rezeki yang banyak pada hari tersebut. Bahkan dia menyarankan untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan. Murni sungguh gadis ini.
Ini antara reaksi orang ramai yang menonton video ini di laman Youtube FS Channel.
“Moga Aisyah ini dibukakan pintu rezeki untuk pendidikan yang tertinggi”

“Adik ni memang baik”

“Dia kaya, kaya budi bahasa…”


“Meremang tengok semangat dan aura yang korang bawak”

Sumber: FS Channel