Satu video yang memaparkan sekumpulan gajah menyeberang sebuah jalan telah menjadi tular di media sosial.
Video yang berdurasi selama 20 saat itu tampak seakan normal apabila sekawanan gajah liar melintasi jalan tersebut sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain yang menggunakan jalan berkenaan.
Namun apa yang menariknya dalam video tersebut adalah di penghujungnya.
Ketika semua gajah-gajah tersebut telah selesai menyeberangi jalan tersebut, dapat dilihat bahawa seekor gajah yang berhenti seketika dan menaikkan belalainya ke arah pengguna jalan raya.
Perbuatan tersebut dilihat seakan-akan gajah itu berterima kasih kepada pengguna jalan raya berkenaan kerana bersabar dan memberikan laluan kepada kawanan berkenaan untuk menyeberangi jalan terbabit dengan selamat.
Tindakan gajah itu telah membuat video tersebut menjadi tular di media sosial.
Tidak dapat dipastikan dimana atau bilakah video itu dirakam. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 900 ribu kali.
Ramai warganet turut menyatakan bahawa gajah itu seakan-akan memberikan tanda terima kasih kepada pengguna jalan raya yang sabar menunggu mereka menyeberangi jalan tersebut.




Sumber: @thanakrit8181