Tular satu rakaman mendebarkan memaparkan seorang pegawai Peronda Lebuhraya Oklahoma hampir dipanah petir semasa cuba untuk membantu seorang pemandu, lapor New York Post.
Peronda Lebuhraya Oklahoma mengesahkan menerusi Facebook mereka bahawa kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sepanjang Turner Turnpike/Interstate 44 antara Bristow dan Stroud yang terletak di barat daya Tulsa.
Menurut kenyataan di Facebook, pegawai tersebut sedang membantu seorang pemandu treler yang menyaksikan beberapa peralatan terjatuh dari kenderaannya.
“Dah dekat sangat”, ujar peronda lebuhraya itu.
Video dashcam tersebut memperlihatkan saat-saat semasa kilat menyambar jalan raya berhampiran dengan lokasi pegawai tersebut berdiri.
Tidak dapat dipastikan sama ada pegawai tersebut mengalami kecederaan atau tidak.
Sumber: New York Post