Cristiano Ronaldo, antara pemain bola sepak terbaik dunia sebentar tadi telah menjaringkan dua gol, sekaligus menjadikan ia debut kali kedua yang begitu sempurna untuk Manchester United.
Beliau menjaringkan gol pada masa tambahan separuh masa pertama dan sekali lagi merobek jaring lawan, Newcastle United pada minit ke-62. Dua lagi jaringan MU dijaringkan rakan senegara, Bruno Fernandes dan Jessie Lingard.
Begitupun, atmosfera sebelum perlawanan bermula di Theatre of Dream ternyata begitu gila apabila hampir 75,000 penyokong MU melaungkan chant Viva Ronaldo ketika sesi pemanas badan sedang berlangsung.
Ronaldo ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan menyatakan beliau sedikit gementar dan tidak menyangka akan menerima sambutan sebegitu rupa daripada penyokong pasukan tuan rumah.
”Saya berasa sedikit gementar sebelum memulakan perlawanan, saya mungkin tidak menunjukannya. Tetapi kemeriahan dan sokongan yang diberikan sungguh luar biasa.
Ronaldo kemudian menambah, England sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hatinya, dan suasana di Old Traford adalah salah satu alasan kenapa beliau pulang semula ke kancah saingan EPL.
Sumber: Football Daily