Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim dilaporkan berdepan detik cemas apabila lori yang dinaikinya ketika dalam perjalanan misi bantuan telah dihanyutkan arus deras berhampiran Sungai Kampung Lebak, lapor Bernama.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Bernama, Maliaman dan beberapa orang yang lain telah diselamatkan oleh penyelamat ketika lori tersebut semakin tenggelam.
Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk hari ini terutama di kawasan Hulu Terengganu dengan kenaikan paras air yang berbahaya.
Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 3,334 orang daripada 931 keluarga malam tadi.
Menurut Bernama, terdapat 89 PPS beroperasi di lapan daerah di Terengganu iaitu 22 di Setiu, Kemaman (21), Besut (19), Hulu Terengganu (14), Kuala Nerus (lima), Dungun (lima), Kuala Terengganu (dua) dan Marang (satu).
Sumber: Bernama