(Video) CCTV Rakam Lelaki Nyaris Maut Tersedak Makanan, Tiba-tiba ‘Tersembam’ Atas Meja Tak Sedarkan Diri

Sofea

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan detik-detik seorang lelaki yang tercekik makanan di sebuah restoran di Brazil, lapor Daily Mail.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut dilihat sedang makan seorang diri sebelum memegang kepalanya dan tersembam di atas meja.

Beberapa orang pelanggan lain yang juga sedang makan di restoran di perhentian Graal Petropen, Sao Paulo itu terus berlari ke arah mangsa dan cuba menyelamatkannya.

Seorang pekerja restoran turut dilihat datang ke tempat kejadian dan melakukan teknik Heimlich Manoeuvre untuk menyelamatkan lelaki itu. Dia memegang pinggang mangsa dari belakang dan menekan bahagian perut mangsa ke atas untuk mengeluarkan makanan yang tersekat.

Mereka semua berusaha untuk menyelamatkan lelaki itu dengan mengulangi teknik terrsebut. Selepas itu, dua orang polis datang untuk melihat keadaan di situ dengan salah seorang dari mereka turut menggunakan teknik Heimlich Manoeuvre dan berjaya menyelamatkan mangsa.

Rakaman menunjukkan bahawa pegawai itu menepuk bahagian belakang lelaki itu sebelum dia didudukkan di atas kerusi.

Mangsa selepas itu telah diperiksa oleh petugas kesihatan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanannya semula.

Difahamkan, lelaki itu dalam perjalanan dari Curitiba, Parana ke Sao Paulo dengan menaiki bas yang berhenti untuk berehat pada ketika itu.

Sumber: Daily Mail