Hujan lebat disertakan dengan angin kencang telah melanda kawasan stesen Serpong, Tangerang Selatan semalam.
Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan ialah sebuah pokok tumbang dan menimpa sebuah pasaraya kecil berdekatan dengan stesen Serpong itu.
Tambahan lagi, bumbung stesen itu turut rosak dan bertebangan oleh kerana angin ribut yang sangat kuat.
Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan kerana penumpang serta pengunjung yang berada di stesen itu segeala berlari menyelamatkan diri ketika kejadian sedang berlaku.
Menurut wakil Stesen Serpong itu, operasi stesen ini berjalan seperti biasa dan tidak tenganggu kerana bencana itu namun hanya laluan keluar masuk tempat meletakkan kenderaan sedikit terganggu.
Sumber : Tribunnews