Menyimpan sedikit wang daripada pendapatan yang diperolehi setiap bulan adalah langkah penting dalam pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan. Namun, tak kurang juga yang tak tahu di mana nak simpan duit sebetulnya. Bawah bantal ke atau celah-celah baju dalam almari macam orang-orang dulu?
Sebenarnya korang kenalah simpan duit di tempat selamat seperti di bank kalau tak mahu kejadian seperti di bawah berulang. Video yang tular di media sosial itu menunjukkan puluhan wang kertas Ringgit Malaysia dari nilai yang kecil hingga besar dimakan oleh anai-anai.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengira wang tersebut dan mengasingkan bahagian yang rosak. Jika dianggarkan daripada jumlahnya, wang tersebut berkemungkinan mencecah ribuan ringgit atau lebih berdasarkan puluhan kepingan RM100 dan RM50 yang telah rosak.
Tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana, namun rakaman itu ternyata telah mengundang perhatian netizen. Rata-ratanya memberitahu wang kertas yang rosak boleh ditukar oleh pemilik di bank negara jika nombor siri pada wang masih tertera.
Boleh tukar di bank jika nampak nombor siri

Satu ringgit tak sedap

Anai-anai hanya makan wang kertas RM50 dan RM100

Sumber : We are Malaysians