
Masalah ini nampak seperti kecil namum jika ia berlaku setiap hari boleh mendatangkan masalah dan isu besar. Ya, tak ke menyusahkan orang untuk keluar atau melakukan sebarang aktiviti kalau letak kereta di hadapan rumah orang lain.
Bayangkan kalau ada hal kecemasan, si tuan kereta sedap tidur di rumah dengan telefon tak menjawab kan dah jadi satu masalah. Sebagai hidup bermasyarakat, jangalah kita pentingkan diri untuk kesenangan kita sahaja, perlulah berfikir tentang orang lain juga.
Seperti satu video di laman Tiktok Nur Farhana ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan jirannya yang sering meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumahnya sesuka hati.
Video yang dikongsinya itu adalah pengajaran dan menyedarkan bahawa tindakan jirannya itu adalah salah.
Suami kepada wanita ini meletakan satu botol yang tertera dengan tulisan ‘Untuk dijual harga RM800.00.’ Bukan itu sahaja, pembeli bertuah akan mendapat pam racun secara percuma.

Taktik ini membuahkan hasil apabila ‘jiran’ tersebut telah mengubah kenderaannya dan tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah wanita tersebut.
Menjegah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan pasangan suami isteri ini malah ada yang ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan mereka.
Sumber: Nurfarhana