Umum telah mengetahui bahawa vaksin merupakan salah satu usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dalam perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Twitter pada hari ini, vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau AstaZeneca adalah berkesan untuk mencegah dan mengurangkan penyakit yang teruk.
Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan kematian dalam kalangan pesakit COVID-19. Vaksin juga turut diakui berkesan untuk mengurangkan beban sistem kesihatan di Malaysia kerana bilangan pesakit pada tahap 3, 4 dan 5 berkurangan setelah program vaksinasi.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa masih ada segelintir lagi yang masih berasa was-was berkenaan vaksin ini dalam masyarakat kita pada hari ini. Malah, timbul juga pelbagai spekulasi mengenai paksaan dalam menerima vaksin. Disebabkan perkara itulah, timbul persoalan adakah haram memaksa orang untuk menerima vaksin?
Walau bagaimanapun, persoalan ini telahpun dijawab oleh Dr Zulkifli menerusi laman Youtube miliknya dengan memperincikan beberapa ilmu yang boleh kita amati dan fahami. Ikuti penjelasan Dr Zulkifli mengenai benarkah haram memaksa orang menerima vaksin di dalam video di bawah: