Pembelian emas boleh dikatakan sebagai salah satu urusniaga yang sentiasa rancak, di mana-mana kedai emas tidak kiralah di bandar mahupun di luar bandar. Antara yang menjadi tumpuan dalam perkara ini adalah golongan kaum wanita yang dibolehkan memakai emas sebagai perhiasan, namun tidak bagi lelaki.
Pembelian emas bukanlah satu perkara yang remeh, namun perlu diberi pelbagai penekanan kerana harganya yang agak tinggi. Namun, apa yang menjadi persoalan adakah pembelian emas boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit. Sedar akan pertanyaan tersebut, Pejabat Mufti Labuan ada berkongsikan satu video menjelaskan mengenai hukum ini.
Sekiranya bercakap mengenai hukum membeli emas menggunakan kad kredit, perkara yang perlu diteliti dalam muamalat ribawi adalah mestilah tangan dengan tangan, dalam bentuk tunai, yakni segera berlaku penyerahan dan bukan bertangguh.
Tambah perkongsian itu, penggunaan kad kredit untuk membeli emas akan menyebabkan berlaku tempoh transaksi dengan satu tempoh untuk duit itu diserahkan kepada penjual sekiranya tiada amaun di dalamnya. Oleh yang demikian, pihak Pejabat Mufti WP Cawangan Labuan dalam perkongsiannya menyarankan agar pembelian emas dibuat dengan tunai.
Sumber: @muftiofficelabuan