Bekas presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dilapor telah dihadapkan ke mahkamah persekutuan pada 16 Februari semalam, lapor NPR.
Menurut NPR, Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan bekas presiden tersebut ditahan untuk perbicaraan atas tuduhan pengedaran dadah dan senjata.
Beliau diiringi keluar dari rumah dengan kedua-dua tangan digari dan buku lali di rantai. Selain itu, polis juga memakaikan beliau jaket kalis peluru di bahagian kepalanya.
Menteri Keselamatan Honduras, Ramon Sabillion memaklumkan kepada sidang akhbar bahawa penahanan itu berlaku tanpa sebarang insiden.
Sebelum itu, Sabillion sebenarnya pernah dipecat oleh Hernandez pada 2014 lalu selepas membuat beberapa penahanan jenayah berprofil tinggi mengenai pengedaran dadah oleh ketua polis negara.
Saballion juga memberitahu bahawa Hernandez telah berkomplot dengan kartel. Hal itu menyebabkan kemudaratan sosial yang agak besar kepada Honduras dan sistem keadilannya.
Memetik NPR, terdapat beberapa bukti dalam beberapa tahun yang lalu tentang penglibatan Hernandez dengan jenayah penyeludupan antarabangsa.
Ia dirujuk melalui prosiding mahkamah AS termasuk kes tahun lalu terhadap abangnya, Tony Hernandez – yang juga digambarkan sebagai ‘konspirator’ bersama dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di penjara AS.
Di ibu negara Honduras buat masa ini, dikatakan orang ramai meraikan penangkapan Hernandez itu dan ada juga yang membunyikan hon kenderaan di sepanjang jalan.
Menurut NPR lagi, terdapat juga orang ramai yang menjulang gambar Hernandez yang dirantai dengan laungan ‘Terima kasih A.S.A’ dan ‘Inilah yang kami mahu’.
Sumber: NPR