Pemain bintang Arsenal Mesut Ozil tidak sepatutnya menyuarakan tentang penindasan etnik Uighur yang berlaku di China, kata bekas pemain Barcelona dan Manchester City, Yaya Toure pada Selasa.
Susulan daripada kritikan yang dinyatakan oleh Ozil itu, China telah membatalkan penyiaran perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Arsenal pada Ahad lepas.
Kerajaan China turut mendakwa bahawa Ozil tidak mendapat maklumat yang betul sebelum sebelum membantah penahanan besar-besaran dan penutupan masjid di wilayah barat laut China itu.
Bekas pemain kebangsaan Ivory Coast itu baru sahaja melengkapkan kontrak 5 bulannya bermain dengan kelab divisyen 2 China, Qingdao Huanghai. Kritikan Toure berkenaan dengan Ozil itu turut mencerminkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Arsenal yang menyatakan bahawa yang kelab itu ”berpegang pada prinsip tidak mahu terlibat dalam politik.”
Sumber: Sports Illustrated