Tular sebuah video di laman Facebook sebentar tadi yang memaparkan sekali lagi kejadian pemandu melawan arus. Kali ini ianya didakwa terjadi di Lebuhraya MEX berhampiran IMU Bukit Jalil.
Rakaman dari ‘dash cam’ berdurasi 15 saat itu ‘menangkap’ imej kereta Myvi berwarna putih yang tiba-tiba muncul dari arah hadapan.

Lantaran tersebarnya video berkenaan yang mula dimuatnaik oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis dipenuhi kritikan daripada warga net yang rata-rata meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan sindiran terhadap tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.









Sumber: Info Roadblock